My lovely readers :) Please Follow Up my Blog Ok :)

Blogger templates

Monday, October 3, 2011

gila

Ada tiga org sahabt yg bernama Gila , Otak dan Gaduh . Suatu hari mereka berjalan jalan di bandar . Mereka mendapati bahawa Gaduh hilang . Gila pun pergi jumpa polis . Otak tunggu di bandar .
Polis : Boleh saya bantu encik ?
Gila : Ya , Saya nak cari Gaduh .
Polis : Awak gila kaa ?
Gila : Ya , memang saya Gila .
... Polis : Awak cakap tk pakai otak ke ?
Gila : Otak tak da . Dia dekat bandar .
Polis : ???????!!!!!!!! =='

electricity

Wikipedia : I know everything !
Google : I have everything !
Facebook : I know everybody !
Internet : Without me,, you all are nothing !
Electricity : Silent ! Who's The Boss now ?!!

cikgu dan murid

Cikgu yna: Murid2 sapa yg nak masuk syurga?
Murid: Saya cikgu! (satu kelas ckp kecuali Ali)
Cikgu yna: Sapa nak masuk neraka?
Murid: Taknak cikgu (satu kelas ckp kecuali Ali juga)
Cikgu yna: Ali, kenapa kamu tak jawab?...kamu nak masuk syurga ke neraka?
Ali: Dua-dua taknak cikgu
Cikgu yna: Kenapa plak mcm tu Ali?
Ali: sebab ayah saya suruh masuk TENTERA

wayang

Sepasang suami isteri menonton wayang pada cuti hujung minggu.sampai di kaunter tiket,si suami pun membeli dua tiket untuk diri dan isterinya. Tidak lama kemudian,si suami datang semula ke kaunter tiket tadi dan membeli dua lagi tiket.tidak lama kemudian,si suami muncul sekali lagi untuk membeli dua lagi tiket.Si penjual tiket yang kehairanan lalu bertanya dengan penuh minat. “Bukankah encik sudah membeli dua tiket dan kemudian dating sekali lagi untuk membeli dua lagi tiket?”Lalu si suami pun berkata, “Betul!tapi seorang lelaki yang berdiri dekat depan pintu masuk panggung itu asyik koyakkan tiket saya,habis macam mana saya nak masuk!”

wifi

Man : dey mamak apa password WIFI kt sini ?
Mamak : apa WIFI ??
Man : ini kedai punya internet la..
... Mamak : Ooo..itu mcm. password dia tujupakale
Man : hah ??
... Mamak : "tujupakale..!"
Man : Apa tu..??
Mamak : Aiyoo..awk tnya passwordkan..tujupakale la..
Man : Password dia tujupakale..!
Mamak : ya..tujupakale
Man pun menaip T.U.J.U.P.A.K.A.L.E. (ternyata salah)
Man : dey, mamak apa password dia ??
Mamak : tujupakale la...sudah tnya byk kali jugak..aiyoo !!
Man : kau bg salah la, tu yg aku tnya balik
Mamak : mana ada slah..tujupakale
Man : x boleh la dey !!
Mamak : boleh la...
Man : ko dtg sini tgk aku taip..(mamak tu pun dtg) kalo x boleh kepala ko aku ketuk !
Mamak : aiyoo abg jgn marah la..awk satu kali saya tengok (Man pun taip)
Man : ko tgk aku taip T.U.J.U.P.A.K.A.L.E... tgk, mana dapat !!
Mamak : dey, abg mari sini saya taip..awk kasi tekan salah butang jugak..
Man : eh, ye ke...kau tekan la
Mamak : ini mcm tekan la 7777
Man : "ini TUJUH EMPAT KALI..!!"
Mamak : betul la saya cakap tujupakale..
Man : %@$#@%#!!!!..
~~!

Friday, September 23, 2011

Cintailah ku lagi




Cinta

itu ibarat kaca yang mudah pecah,
memerlukan masa untuk dibina,
perlu dijaga agar sentiasa berkilau,
dan bila terjatuhnya kaca itu walau sekali,
retaklah keindahan kaca itu,

dan tidak pula aku takut akan serpihan kaca itu melukakanku,
mengguris hatiku, jua hancur luluh hatiku,
walau tidak mendengar arahan,tidak mengikut kehendak ku,
meninggalkan parut di jiwaku,
tidak akan ku jemu untuk aku menyusun satu persatu kaca walau beribu,
walau tidak sama pada asalnya, juga zahirnya,
akan tetapi susunan baru itu akan lebih menyerlah,
lebih kukuh dan tidak mudah goyah,
akan ku jaga susunan itu, perancanganku,
agar kaca yang telah pecah lebih berkilauan daripada berlian,

walau aku tersilap langkah,
kesal dan sedih,
diriku melanggar kaca itu dahulu dan pecah,
aku tidak akan pernah mengalah,
kerana kaca yang aku miliki dikurniakan oleh allah daripada doa-doa ku.

kaca yang pada pandangan mereka hanyalah kebiasaan,
kan tetapi, bagiku sudah cukup indah apabila disusun rapi,
dipulihkan,
bertambahlah serinya..

maafkanku, kerana aku retak semua ini.Tetapi sayangg,
bertahan dan percayalah, setiap ujian yg allah berikan,
kita hdapi dgn tabah, dan ia akan menghasilkan sesuatu yang memukau mata yang lain,
kilauan yang cantik itu menyerlah daripada biasa,
dan sayang janganlah kau ambil cahaya itu pergi dari menyerikan hidup ini.

Perlukah Cinta mempunyai sebab..?





Gadis : Mengapa awak menyukai saya? Mengapa awak cintakan saya? Jejaka : Saya tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu saya memang menyayangi dan mencintai awak! Gadis : Awak tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana awak boleh katakan awak sayang dan cintakan saya sedangkan awak tidak boleh menerangkannya. Jejaka : Betul! Saya tak tahu sebabnya tetapi saya boleh buktikan bahawa saya memang cintakan awak! Gadis : Tak boleh beri bukti! Saya nak awak terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Tapi, kenapa pula awak tak boleh terangkan sebabnya? Si Jejaka menarik nafas panjang dan dia berkata... Jejaka : Baiklah! Saya mencintai awak sebab awak cantik, comel, mempunyai suara yang merdu, penyayang, kelakar, dan sentiasa merindui saya. Saya juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak awak melangkah, di situlah cinta saya bersama awak! Si Gadis tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan Si Jejaka tadi. Namun begitu selang beberapa hari si Gadis mengalami kemalangan dan koma. Si Jejaka amat bersedih. Di wad hospital, Si Jejaka menangis di tepi katil Si Gadis sambil berbisik.. "Awak! Jika disebabkan suara, saya mencintai awak... sekarang bolehkah awak bersuara? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak kerana sekarang awak tidak dapat bersuara. Jika disebabkan kasih sayang dan senda gurau, saya mencintai awak... sekarang bolehkah awak menunjukkannya? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak ketika ini. Jika disebabkan senyuman saya mencintai awak... sekarang bolehkah awak tersenyum? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak. Jika disebabkan setiap langkah saya mencintai awak.... sekarang bolehkah awak melangkah? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Saya tidak mempunyai sebab untuk mencintai awak lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Saya masih mencintai awak dulu, kini dan selamanya. Cinta tidak perlu ada sebab. Cinta lahir dari hati yang ikhlas. Saya terima awak seadanya. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat dan dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati.