My lovely readers :) Please Follow Up my Blog Ok :)

Blogger templates

Friday, September 23, 2011

Cintailah ku lagi




Cinta

itu ibarat kaca yang mudah pecah,
memerlukan masa untuk dibina,
perlu dijaga agar sentiasa berkilau,
dan bila terjatuhnya kaca itu walau sekali,
retaklah keindahan kaca itu,

dan tidak pula aku takut akan serpihan kaca itu melukakanku,
mengguris hatiku, jua hancur luluh hatiku,
walau tidak mendengar arahan,tidak mengikut kehendak ku,
meninggalkan parut di jiwaku,
tidak akan ku jemu untuk aku menyusun satu persatu kaca walau beribu,
walau tidak sama pada asalnya, juga zahirnya,
akan tetapi susunan baru itu akan lebih menyerlah,
lebih kukuh dan tidak mudah goyah,
akan ku jaga susunan itu, perancanganku,
agar kaca yang telah pecah lebih berkilauan daripada berlian,

walau aku tersilap langkah,
kesal dan sedih,
diriku melanggar kaca itu dahulu dan pecah,
aku tidak akan pernah mengalah,
kerana kaca yang aku miliki dikurniakan oleh allah daripada doa-doa ku.

kaca yang pada pandangan mereka hanyalah kebiasaan,
kan tetapi, bagiku sudah cukup indah apabila disusun rapi,
dipulihkan,
bertambahlah serinya..

maafkanku, kerana aku retak semua ini.Tetapi sayangg,
bertahan dan percayalah, setiap ujian yg allah berikan,
kita hdapi dgn tabah, dan ia akan menghasilkan sesuatu yang memukau mata yang lain,
kilauan yang cantik itu menyerlah daripada biasa,
dan sayang janganlah kau ambil cahaya itu pergi dari menyerikan hidup ini.

Perlukah Cinta mempunyai sebab..?





Gadis : Mengapa awak menyukai saya? Mengapa awak cintakan saya? Jejaka : Saya tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu saya memang menyayangi dan mencintai awak! Gadis : Awak tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana awak boleh katakan awak sayang dan cintakan saya sedangkan awak tidak boleh menerangkannya. Jejaka : Betul! Saya tak tahu sebabnya tetapi saya boleh buktikan bahawa saya memang cintakan awak! Gadis : Tak boleh beri bukti! Saya nak awak terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Tapi, kenapa pula awak tak boleh terangkan sebabnya? Si Jejaka menarik nafas panjang dan dia berkata... Jejaka : Baiklah! Saya mencintai awak sebab awak cantik, comel, mempunyai suara yang merdu, penyayang, kelakar, dan sentiasa merindui saya. Saya juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak awak melangkah, di situlah cinta saya bersama awak! Si Gadis tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan Si Jejaka tadi. Namun begitu selang beberapa hari si Gadis mengalami kemalangan dan koma. Si Jejaka amat bersedih. Di wad hospital, Si Jejaka menangis di tepi katil Si Gadis sambil berbisik.. "Awak! Jika disebabkan suara, saya mencintai awak... sekarang bolehkah awak bersuara? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak kerana sekarang awak tidak dapat bersuara. Jika disebabkan kasih sayang dan senda gurau, saya mencintai awak... sekarang bolehkah awak menunjukkannya? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak ketika ini. Jika disebabkan senyuman saya mencintai awak... sekarang bolehkah awak tersenyum? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak. Jika disebabkan setiap langkah saya mencintai awak.... sekarang bolehkah awak melangkah? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Saya tidak mempunyai sebab untuk mencintai awak lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Saya masih mencintai awak dulu, kini dan selamanya. Cinta tidak perlu ada sebab. Cinta lahir dari hati yang ikhlas. Saya terima awak seadanya. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat dan dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati.