My lovely readers :) Please Follow Up my Blog Ok :)

Blogger templates

Friday, September 23, 2011

Cintailah ku lagi




Cinta

itu ibarat kaca yang mudah pecah,
memerlukan masa untuk dibina,
perlu dijaga agar sentiasa berkilau,
dan bila terjatuhnya kaca itu walau sekali,
retaklah keindahan kaca itu,

dan tidak pula aku takut akan serpihan kaca itu melukakanku,
mengguris hatiku, jua hancur luluh hatiku,
walau tidak mendengar arahan,tidak mengikut kehendak ku,
meninggalkan parut di jiwaku,
tidak akan ku jemu untuk aku menyusun satu persatu kaca walau beribu,
walau tidak sama pada asalnya, juga zahirnya,
akan tetapi susunan baru itu akan lebih menyerlah,
lebih kukuh dan tidak mudah goyah,
akan ku jaga susunan itu, perancanganku,
agar kaca yang telah pecah lebih berkilauan daripada berlian,

walau aku tersilap langkah,
kesal dan sedih,
diriku melanggar kaca itu dahulu dan pecah,
aku tidak akan pernah mengalah,
kerana kaca yang aku miliki dikurniakan oleh allah daripada doa-doa ku.

kaca yang pada pandangan mereka hanyalah kebiasaan,
kan tetapi, bagiku sudah cukup indah apabila disusun rapi,
dipulihkan,
bertambahlah serinya..

maafkanku, kerana aku retak semua ini.Tetapi sayangg,
bertahan dan percayalah, setiap ujian yg allah berikan,
kita hdapi dgn tabah, dan ia akan menghasilkan sesuatu yang memukau mata yang lain,
kilauan yang cantik itu menyerlah daripada biasa,
dan sayang janganlah kau ambil cahaya itu pergi dari menyerikan hidup ini.